Saturday, 10 November 2012

Kelebihan SILVER:Biar graf berbicara


Kenaikan harga
Emas: 5 tahun 148%, 10 tahun 441%
Perak: 5 tahun 163%, 10 tahun 624%



Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca blog saya..

1. Sekarang ini merupakan masa yang terbaik untuk membeli emas atau silver kerana harga masih boleh dikira rendah dan sedang mendaki – “menuju puncakk”

2. Ada orang kata, harga emas sekarang ni mahal laa.. OK. saranan saya, belilah silver bar. Kerana harga silver masih rendah dan mampu milik. Sila tengok harga disebelah kiri blog ini.

3. Ramai orang hanya tahu simpan emas itu untung.. tetapi mereka tidak sedar, simpan silver LAGII UNTUNG..
4. Cuba bandingkan keuntungan menyimpan melalui emas atau silver ini dengan simpanan melalui bank (ASB/Tabung Haji/saving account/dll) dimana hanya menjanjikan pulangan 4% – 9% setahun??
Saya rasa cukup 4 sebab ini dahulu.. kalau anda nak tahu sebab yang lain.. anda kenalah BERTINDAK sekarang membeli & menyimpan emas atau silver!!
Saya lampirkan graf-graf dibawah.. biarlah graf ini berbicara.. :)

Kenaikan silver dalam 30 hari

Kenaikan silver dalam 60 hari

Kenaikan silver dalam 1 tahun

Kenaikan silver dalam 5 tahun

Kenaikan silver dalam 10 tahun

Perasan takk.. graf dalam tempoh 1 tahun, harga silver jatuh?? Yeahh.. satu lagi point yang saya nak tambah.. instrumen emas dan silver SANGAT bagus untuk jangkamasa yang panjang… tapi kalau anda berilmu dalam emas/silver, anda tetap akan dapat meraih keuntungan berganda-ganda dalam masa setahun.. nak tahu caranya?? call me atau email saya ok..

"PILIHAN DITANGAN ANDA"
Read more ...

Friday, 19 October 2012

Spread Produk Goldcrest Pavilion (GCP)


Apa itu spread?
Spread adalah susut nilai jika ingin menjual semula emas yang anda beli kepada pengedar atau syarikat
Formula yang digunakan:
Harga kami jual- Harga kami beli/ Harga Kami Jual  x 100 %
Contoh pengiraan  :
Gold bar  10g
10gRM 1,850RM 1,760
RM1850- Harga Kami jual
RM1760-Harga Kami beli
Spread =
RM1850 – RM1760 = RM90
RM90/RM1850 =0.0486486
x 100% dan bundarkan = 4.9%
So,susut nilai atau spread untuk gold bar 10g = 4.9%

Penting sangatkah spread bila beli emas?
Kalau tak penting..baik beli kat kedai emas walaupun spread 25%-40%,betul tak?
Tak betul..kecuali kedai emas tu jual murah macam company2 emas yang ada sekarang  ni dan menawarkan susut nilai yang rendah .. :)
Ada pelanggan yang bertanya,kenapa spread GCP besar?
Jawapannya ialah,GCP hendak memberi peluang kepada pengedarnya meniaga,bukan jadi pelabur semata-mata.Jadi,kalau nak spread rendah + harga lebih murah daftarlah sebagai pengedar..

Perbandingan SPREAD Produk GCP  untuk Pengedar dan Pelanggan

(Harga diambil pada bulan September 2012)



 
Sekarang,cuba baca komen seorang Penyimpan/pelabur/pengedar emas ni :
“Spread 10% ke , 5% ke or 2.5% nie hanya relevent kalau ko tolak balik kt kilang jerrr. kalau ko tolak kt org spread tu xpenting pun ko leh letak brapa yg ko suka heheheheh. mcm aku 3tahun ngan GCP xpernah lg aku tolak kt gcp emas aku, nk wat apa aku nk bg free2 5% kt gcp better aku tolak kt berjuta lg melayu yg buta pasal emas. kalu xder org nk beli or terdesak nk pakai duit aku g la gadai kejap. so spread nie bukan issue besar sangat, korang plak dh level2 agent, xkan ko nk duduk sama jer mcm skang mesti korang nk jadi makin berkembang betul x rugi la tolok kt gcp heheheheheh. pasal2 harga plak, aku memang ambik emas kt byk tmpt n memang ada setengah2 yg leh bg harga murah singgit dua dr gcp TAPI Quality hampeh, brg xcantik, pakaging hancur, delivery masa worse, xpadam ngan sakit kepala aku customer complain ngan rugi masa lg. setakat nie byk2 company dr segi Servis GCP memang sangat2 Terbaik, walaupun aku kt laut aku tahu SI Ayu(staf GCP) leh handle packaging aku n sampai kt tgn customer ngan muka tersenyum, bulan depan order lg”

Berminat nak menjadi pengedar untuk menikmati spread rendah?
Jom hubungi saya sekarang juga atau daftar di sini -> http://www.gcp.com.my/?id=ad3842
Nak daftar sebagai PELANGGAN (Free Member ) pun boleh,percuma sahaja.
Memudahkan untuk anda terus membeli produk GCP tanpa perlu melalui dealer.
Read more ...

Wednesday, 10 October 2012

BEZA ASB, EMAS 10 TAHUN LEPAS



  Malam-malam ini teringat pula perbualan dengan rakan2 ….di sini saya ingin berkongsi dengan anda serba sedikit mengikut perpektif saya.Sekarang dah masuk  bulan 10 masing-masing tengah mencongak berapalah pulangan ASB pada tahun ini…saya rasa ada diantara anda juga sekarang tengah berkira-kira untuk itu.ada yg ingin beli sesuatu,ada yg nak langsai hutang,nak bayar roadtax, insuran kereta dan pelbagai perkara lagi.Boleh dihitung saya rasa yang ingin menyimpan dan membuat pelaburan semula.
  Kita ni sebenarnya tidak akan lekang dengan semua itu kerana ia merupakan keperluan kehidupan. Seseorang itu perlu menguruskan kewangan dirinya berlandaskan kemampuan diri,jika tidak buruk padahnya.Disini sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang ASB,  Emas untuk jangkamasa 10 tahun yang lalu.
Kenapa saya bandingkan dengan ASB? Tujuannya kerana ASB merupakan pilihan kita terutamanya di kalangan bumiputera .
SILA BUAT PILIHAN

Analisis peratus kenaikan emas tahun 2002 - 2012

2/1/2002 - USD 278.35
2/1/2003 - USD 343.80
1/1/2004 - USD 416.25
4/1/2005 - USD 427.75
3/1/2006 - USD 530.00
2/1/2007 - USD 639.75
2/1/2008 - USD 846.75
2/1/2009 - USD 874.50
4/1/2010 - USD 1121.50
4/1/2011 - USD 1388.50
3/1/2012 - USD 1598.00

Peratus kenaikan selama 10 tahun -474%

''PILIHAN DI TANGAN ANDA''
Read more ...

Saturday, 8 September 2012

SIMPANAN EMAS VS ASB DENGAN BERMODALKAN RM10,000


Masih banyak respon dari pengunjung blog & rakan-rakan yang saya terima dimana masih sukar untuk membezakan keuntungan dari pelaburan/simpanan emas dengan pelaburan-pelaburan lain. Saya tertarik dengan satu artikel  berkenaan perbandingan keuntungan simpanan emas vs ASB. Diharap artikel ini dapat membantu anda sebelum membuat pelaburan emas J

Kenapa saya bandingkan dengan ASB? Tujuannya kerana ASB merupakan choice kita terutamanya di kalangan bumiputera untuk melabur untuk masa depan. Untuk contoh perbandingan ini saya mengandaikan jika kita menggunakan modal RM10,000 untuk kedua-dua pelaburan ini.
Perbandingan
  1. Anda hanya akan mendapat pulangan maksimum ASB seperti ilustrasi ini jika anda tidak WITHDRAW duit ini dari akaun. Jika anda withdraw maka perolehan untung semakin bekurang. (profit base on pro rata)..
  1. Berbanding dengan emas, walaupun anda menukar dalam bentuk cash e.g pegi ke Ar-Rahnu harga emas tetap naik. Even setelah anda tebus balik emas tersebut harga emas anda tetap akan naik. =)
  2. Keuntungan ASB semakin hari semakin susut. Dulu memang benar pulangan konsisten 10% tapi sekarang 7% dah menjadi lumrah atau dalam englishnya the highest that you can get.. 4. Berbanding dengan kenaikan harga emas.. Secara purata kenaikan adalah dalam lingkungan 20-30% setahun. Saya gunakan data harga kijang emas sebagai rujukan. Data diperoleh daripada BNM Statistics.

3. 
Berbanding dengan kenaikan harga emas.. Secara purata kenaikan adalah dalam lingkungan 20-30% setahun. Saya gunakan data harga kijang emas sebagai rujukan. Data diperoleh daripada BNM Statistics.


Andaikan anda membeli 100 gram pada tahun 2001:
Tahun 2001 – RM3,600
Tahun 2002 – RM4,460
Tahun 2003 – RM5,395
Tahun 2004 – RM5,678
Tahun 2005 – RM6,614
Tahun 2006 – RM7,611
Tahun 2007 – RM9,492
Tahun 2008 – RM10,289
Tahun 2009 – RM12,547
Tahun 2010 – RM14,087
4. Anda rasa selamat jika letak duit dalam ASB? Fikir sekali lagi.. Kita sebenarnya di rompak oleh inflasi.. Kadar kenaikan inflasi di Malaysia dalam lingkungan 2-3% setahun. Bermaksud kuasa beli semakin berkurang. Contoh paling senang nak bagi anda faham, assume dividen kita setiap tahun dalam RM800..
Kuasa beli RM800 pada tahun 2001 adalah lebih banyak e.g pada masa tu harga barang murah, minyak murah dll.. Kuasa dividen yang sama kita dapat RM800 pada tahun ini 2010.. Agak-agak sama tak kuasa beli dengan tahun 2001, 2002, 2003 dan seterusnya? Yup, anda dah geleng kepala menandakan anda setuju dan faham dengan statement saya. Terima kasih! =)
Kesimpulan:
Emas yang sama seberat 100 gram dibeli tahun 2001, setelah 9 tahun berat yang sama tapi value nya yang sungguh berbeza dan menakjubkan.. So, dah nampak kenapa sangat best simpan aset dalam emas? =)
Read more ...

Wednesday, 5 September 2012

Emas vs Wang Kertas


Dinar emas
Semua orang tau tentang kenaikan harga emas tapi tak tau tentang fakta sebenar tentang kenaikannya. Saya sentiasa ulang bab harga ni setiap kali berbicara tentang emas dengan sesiapa saja dan terpaksa membandingkan dengan dividen ASB untuk mencerahkannya lagi namun tiada juga tindakan susulannya. Masalahnya lagi ialah kepercayaan & tahap keimananya yang berbeza sebab level kefahaman tak sama.
Rupanya ada lagi masalah tentang macamana nak guna emas itu sendiri sebab ada yang bertanya bagaimana cara nak guna emas ni. Takkan nak simpan jer sampai banyak dan kalau terus simpan bila masa nak guna? Tak pe, saya akan cuba terangkannya sebaik mungkin. Sebelum kita bertindak menukarkan duit simpanan kita kepada emas, paling tidak pun kita kena juga menyediakan minda kita dengan ilmu emas. Maksud ilmu emas ialah bagaimana cara kita nak uruskannya sebaik mungkin supaya kita tidak menjadi sebagai penyimpan emas tanpa ‘menggunakanya’ sebaik mungkin. Tanpa ilmu la tu.
Kenaikan harga emas sejak 10 tahun lalu ialah sebanyak 30% setahun (purata) berbanding ASB hanya 7% sahaja. Dari fakta ini pun kita sudah boleh membandingkan keuntungannya berbanding simpanan duit kertas biasa. Semestinya emas lebih untung la. Tapi ramai yang fobia dengan anggapan bahawa harga emas adalah mahal. Betul la tu. Arrahnu. Rasanya hampir semua orang tau tentang arrahnu (pajakan cara Islam) tapi tak tau secara dekat mengenainya. Jadi tak hairanlah masih ramai lagi yang bergantung dengan pajakan secara konvesional yang mencekik darah pemajaknya.



CONTOH 1
Ali dan Ahmad mendapat kerja pada tempat yang sama iaitu pada tahun 2000. Mereka diberi kebebasan untuk bayaran gaji samada dengan wang kertas dan dinar emas tapi dalam nilai yang sama iaitu RM700.00.

#Ali memilih untuk dibayar dengan wang sebanyak RM700.00 sebulan dengan kenaikan gaji secara mendatar sebanyak RM60.00 setahun.
#Ahmad pula memilih untuk dibayar dengan dinar emas iaitu 5 dinar sebulan tanpa kenaikan gaji sehingga pencen. (Nilai 1 dinar pada tahun 2000 ialah RM140.00 x 5 = RM700.00 )

Setelah 10 tahun Ali telah mengalami kenaikan gaji sebanyak 10 kali iaitu RM60 x 10 = RM600.
Gaji Ali pada tahun 2010 ialah RM700 + RM600 = RM1300 sebulan. Kenaikan gaji Ali adalah 18.57% setahun.

Manakala gaji Ahmad pula tidak berubah sejak 10 tahun dulu iaitu 5 dinar tapi kenaikan harga emas adalah 30% setahun (anggaran). Pada tahun 2010 harga satu dinar ialah RM655 (semasa artikel ini ditulis). Jumlah gaji Ahmad ialah 5 x RM655 = RM3275 dengan kenaikan sebanyak 46.78% setahun.
Kesimpulannya jika gaji pekerja dibayar dengan dinar emas kita tidak memerlukan kenaikan gaji tahunan seperti yang diamalkan kini. Bayangkan berapakah gaji Ahmad untuk 10 tahun akan datang. Mungkin majikannya tidak lagi mampu untuk membayar gajinya sebab pada masa berkenaan harga emas mungkin akan mencecah RM600/gram! ( 1 dinar = 4.25g x RM600 = RM2550) Jadi gaji Ahmad pada than 2020 ialah  RM2550 x 5 dinar = RM12,750. Wow!

CONTOH 2
Kos untuk menunaikan haji sejak tahun 2000 hingga sekarang menurun dengan mendadak apabila kita menggunakan dinar sebagai ukuran. Oleh kerana nilai emas meningkat saban tahun jumlah penggunaan dinar sentiasa menurun walaupun dengan wang kertas ia meningkat. Ini boleh dilihat dengan keadaan berikut.
Tahun 2000 (RM9,100)              =  1 dinar RM140               65 dinar diperlukan
Tahun 2005 (RM12,000)            =  1 dinar RM263               46 dinar diperlukan
Tahun 2010 (RM15,000)            = 1 dinar RM655               22 dinar diperlukan

Berdasarkan rekod-rekod tersebut kemungkinan kos untuk mengerjakan haji pada masa akan datang terus menurun hingga sekadar 10 dinar sahaja diperlukan untuk mengerjakan haji ke Mekah. Ini lah hikmahnya menyimpan emas.

CONTOH 3
Ali dan dan Ahmad membuat pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 untuk melabur dan akan mendapat pulangan dalam masa 10 tahun. Ali melabur dalam ASB manakala Ahmad membeli emas dan menyimpannya sendiri. Selepas 10 tahun kesimpulannya adalah seperti berikut.

Dividen dan bonus bagi ASB ialah 7% setahun.
RM100,000 x 7% x 10 tahun = RM170,000. Keuntungan sebanyak RM70,000 selama 10 tahun. Tolak inflasi 4% setahun maka baki keuntungannya ialah RM30,000.

Peningkatan harga emas adalah 30% setahun (purata)
RM100,000 x 30% x 10 tahun = RM400,000. Keuntungan sebanyak RM300,000selama 10 tahun. Inflasi bagi emas ialah 0% sebab ia kalis inflasi.

Di sini kita boleh lihat keuntungan yang boleh dijana oleh emas manakala dengan menyimpan wang kertas ia sentiasa dimamah inflasi saban tahun. Sebenarnya walaupun pihak kerajaan menetapkan kesan inflasi negara diparas 4% setahun namun hakikatnya ia jauh lebih tinggi dari angka berkenaan.
Read more ...

Tuesday, 4 September 2012

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020


Seorang penjual di sebuah kedai emas di Tokyo menunjukkan kepingan emas yang menyaksikan harganya semakin meningkat di pasaran dunia. - AFP

2012/01/17

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India. 

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam. 

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing. 

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS. 

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai. 
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram. 

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global. 

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu. 

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung. 

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya. 

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu. 

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan. 

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini. 

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.  



Read more ...

Monday, 3 September 2012

10 keraguan anda terhadap emas dan syarikat GCP terjawab


Mungkin bagi yang baru mendengar tentang syarikat Goldcrest Pavilion,ada banyak pertanyaan dan keraguan mengenai sejauh mana syarikat ini adalah syarikat yang sah dan menjalankan urusniaga yang tidak menyalahi undang-undang.Saya juga ditanya tentang beberapa persoalan lain.
Berikut adalah antara soalan yang sering ditanya.
1. Company ini sah atau tidak ,berdaftar dengan SC ?
Berniaga emas tak perlu daftar dgn SC. Daftar dgn SSM sahaja.
Urusniaga syarikat GCP sama seperti di kedai emas biasa,jual dan beli emas.
AMLA = akta penggubahan wang haram. BAFIA = akta bank dan institusi kewangan.
Kalau nak jadi mcm bank kutip duit orang ramai, buat skim pelaburan dan bagi pulangan atas duit yang dikutip,barulah perlu dapat kebenaran BNM dan SC. Kalau berniaga sahaja hanya perlu daftar dgn SSM sahaja.
2.Apa bezanya beli emas dengan GCP berbanding di tempat lain ?
GCP menawarkan harga yang murah berbanding harga pasaran kepada pelanggan dan harga borong yang jauh lebih murah kepada mereka yang menjadi pengedarnya.
GCP bukan sahaja menawarkan penjualan emas dengan harga yang lebih murah,namun membeli semula dengan harga yang lebih tinggi dengan susut nilai serendah 5%-6 % sahaja  kepada pengedar dan pelanggan sehingga 18% berbanding pasaran luar 25%-40%
Tak kurang menarik,semua produk GCP tidak dikenakan upah tukang,maka tiada kos tersembunyi yang perlu dibayar.
Lihat contoh di bawah :
-Berdasarkan harga pada 8hb Julai 2012 ,emas 916 10g GCP bersamaan dengan RM158.38 dan pasaran RM185
Harga Produk GCP Rantai Tangan Emas 916 seberat 10g :
RM158.38 x10g = RM1583.80 (harga bersih,tanpa upah)
Harga pasaran = RM185 x 10g
=RM1850 (harga produk belum termasuk upah)
Penjimatan sebanyak : RM266 !

Katalah,jika di luar anda boleh mendapat harga promosi tanpa upah,harganya masih mahal sebenarnya.Manakala jika ditawarkan harga yang murah,ianya belum campur upah pula.Sebagai contoh di bawah :
Kedai Wahh Shann menawarkan harga murah untuk emas RM170/gram.
Namun,upah tukang pula adalah RM100.Berapakah harga per gram yang sebenarnya ?
Mari kita kira sama-sama :
RM170  x 10g =RM1700
RM1700+ RM100=RM1800/10gram
=RM180/gram !
Bukankah diskaun anda sebenarnya cuma RM5/gram berbanding harga pasaran?
Jika boleh mendapat lebih murah,MENGAPA Bayar LEBIH ? :)
p/s:Tidak dinafikan,di beberapa buah negeri,ada juga penawaran harga emas yang murah namun upah tukang dikenakan.Di GCP,bukan sahaja harga MURAH,tapi anda juga  jimat kos,masa tenaga, dan kos minyak kereta.Hanya dengan 3 langkah mudah:
Tempah-Bayar-Tunggu

3.Berbaloi ke keluar modal RM1k untuk menjadi pengedar,tak dapat produk emas?
Kali ini saya bagi contoh 2 kajian kes yang saya pernah lalui dan ini  hanya mengambil satu sahaja faktor,iaitu dari segi harga yang pengedar dapat :
Kes pertama :
Ada seorang pelanggan saya,pernah membeli 1 kilogram emas di kedai emas ****** dengan harga pasaran RM200,000+ sebelum mengenali GCP.
Selepas beliau mendengar tentang GCP lalu menghubungi saya bertanyakan harga produk GCP,dan saya membuat kira-kira harga berdasarkan masa beliau beli iaitu sebulan sebelum itu.Alanglah terkejutnya beliau kerana harga di GCP untuk berat emas yang sama baru sekitar RM160,000.
Beliau boleh jimat sehingga RM40,000+ sebenarnya!
Banyak tu…
Jadi saya ingin bertanya kembali,adakah tidak berbaloi membayar RM1K untuk dapat lebih banyak penjimatan?
“Saya bukan ada banyak duit pun nak beli berkilo-kilo,jadi bagi saya RM1k tu mahal,lebih baik saya beli emas.”
Baiklah,mari kita lihat kajian kes yang ke-2 .
Ini merupakan contoh kes di mana En Ali merupakan seorang yang membuat simpanan emas secara konsisten dengan membeli pada harga pasaran.
Setiap bulan,beliau membeli 1 gram emas berharga RM250.
Anggaran penjimatan yang beliau boleh dapat dengan membeli 1gram emas GCP sebulan selepas ditolak kos lain ialah RM60.
Penjimatan selama setahun=RM600
2 Tahun =RM1200
Erm,dalam masa 2 tahun pun dah boleh jimat dan balik modal.
Itu baru contoh 1 gram,bagaimana jika setiap bulan,beliau membeli 5 gram dan ke atas,tak sampai 6 bulan – 1 tahun  dah boleh balik modal.  :)
Lebih besar,lebih murah
Di GCP,harga akan bertambah murah mengikut berat,tak kira bar atau barang kemas.
Ini menguntungkan anda berbanding membeli harga sama di luar sana.
Sebagai contoh harga  gold bar pada 11 Julai 2012
1gRM 185
10gRM 1,730
20gRM 3,460
50gRM 8,450
100gRM 16,900
 Di luar,harga untuk 100g gold bar sekarang ialah RM19500
Jimat sehingga RM 2600 !

4.Kat mana nak simpan emas lepas beli ?
Ramai orang baru kenal emas,belum beli emas dah risau nak simpan di mana (sama macam saya dulu2 masa buat belian pertama RM60k).
Tapi kalau setakat nak beli yang kecil-kecil macam 1 gram dan dinar,simpan di wallet pun boleh.Tapi kalau dah bertambah,eloklah difikirkan tempat yang sesuai untuk menyimpan emas tersebut.Bagi mereka yang kreatif,boleh sahaja simpan di rumah,pilih port rahsia yang tak terduga oleh orang lain sebagai contoh dalam tandas,pasu bunga,belakang jam,dalam peti ais,dalam soket,dalam buku,dalam tanah ,pendek kata banyak tempat,tapi pastikan tak lupa lah.Mungkin boleh bagitau pada seseorang yang sangat anda percayai.
Lagi satu,selepas kita dah berusaha simpan sebaik mungkin,amalkan lah doa pendinding dan juga ayat 137 surah Al Baqarah yang bermaksud :
“Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh pertunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu) oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. “
Ayat 137 Al Baqarah
   
Pengalaman sendiri,saya pernah menemui orang yang penuh dengan syak wasangka dan kerisauan yang melampau dalam hatinya,biasanya golongan inilah yang paling mudah kehilangan harta.Menurut pakar,kadang-kadang apa yang kita fikirkan sangat akan menjadi kenyataan.Jadi lepas ini,kita bersangka baik dan fikir yang indah-indah sahaja,jika ditakdirkan selepas dah berusaha pun masih hilang,maka ia adalah ujian untuk kita atau untuk menebus dosa kita,maka redha lah ,insyaAllah akan digantikan dengan yang lebih baik.
Tak yakin?Nak suruh orang lain tolong simpan juga?
Baiklah,semoga link yang mengandungi senarai tempat untuk simpan emas (safe deposit box) di Malaysia ini membantu anda,klik sini :http://bankemas.blogspot.com/2010/02/senarai-safe-deposit-box-di-malaysia.html

5. Sebenarnya mcm mana berniaga emas GCP  ni? Adakah kita beli emas pastu kita simpan, bila harga tinggi kita jual ,untunglah kan?

Sebenarnya emas itu duit.Untungnya kita akan tahu bila sampai satu masa,emas kita tu masih boleh ditukarkan untuk membeli barangan keperluan asas hidup berbeza dengan mereka yang bawa berguni-guni  wang kertas,di kedai baru tahu yang dipikul itu sampah semata-mata sebenarnya.Kat situlah untungnya. (kredit to kawan fb,HZ untuk jawapan jangka masa panjang)  :) 
Ini pula jawapan jangka masa pendek (hehe..macam2..)
Buat masa sekarang,emas dan perak dijadikan komoditi,walhal ia adalah wang sebenarnya.Jadi tak salah sekiranya kita membuat simpanan dalam bentuk emas,dan juga meniagakannya.Dari aktiviti jual dan beli inilah ramai orang menjana pendapatan.Konsepnya mudah,beli dengan harga murah,kemudian jual dengan harga semasa,restock kembali-ulang proses ini seberapa banyak yang mungkin.
Pengedar untung kerana setiap kali membeli dengan GCP,ia menawarkan harga murah,boleh ambi terus untung.Tak perlu tunggu bulan berikutnya untuk dapatkan komisyen.Komisyen hanya untuk pembelian produk dealer rangkaian dan insentif memperkenalkan pengedar baru + bonus.
Membeli kembali dari pelanggan juga antara yang paling menguntungkan dalam perniagaan emas ini.Untuk maklumat lanjut,boleh ke link berikut :
http://jutawangold.com/bagaimana-bermula/bagaimana-menjana-keuntungan-dengan-meniaga-emas.html
Rahsia pengedar emas juga ialah,mereka boleh menjual emas tanpa susut nilai kerana menjual terus kepada end user (pengguna).Semua ini boleh dilakukan secara sambilan sahaja,kerana apabila anda sudah konsisten,masyarakat dan kawan-kawan sekeliling pun dah tahu yang anda adalah “tokey emas ” bergerak .

6. Kena cari orang ke mcm MLM,pastu dapat makan komisyen?

GCP bukan syarikat Multilevel Marketing (MLM).Ia cuma memberikan insentif kepada dealer kerana memperkenalkan orang baru kepada syarikat.Tak salah kan?
Sebagai contoh,kalau sebelum ini anda pernah rekemen kawan-kawan beli barang di sebuah kedai,paling tidak si tuan kedai cuma mengucapkan “terima kasih”,tapi GCP memberi penghargaan bukan sekadar terima kasih,tapi ganjaran RM100 (dealer get dealer) yang dah boleh buat beli emas dan perak dalam gram yang kecil.Berbaloi kan?
Kemudian,kalau anda seorang yang rajin memperkenalkan GCP kepada orang baru,syarikat berbesar hati menghargai sekali lagi usaha anda dengan memberikan insentif bonus RM100 bagi bilangan dealer yang diperkenalkan melebihi 9 orang dalam masa sebulan.
Sebagai contoh,dari bulan 1 Jun -30 Jun,anda memperkenalkan 20 orang dealer baru:
Ganjaran RM100 x 20 = RM2000
Bonus       RM100 x 20=RM2000
Total                                  =RM4000
Bagi setiap pembelian produk 999 dealer tajaan anda,layak mendapat RM1/gram.Itu sahaja.Dealer kepada dealer anda,tiada kaitan dengan anda.Jadi,GCP bukan MLM.  :) 
Perkataan downline juga tidak digunakan,sebaliknya digantikan dengan perkataan “rangkaian” dan yang bersesuaian.Sekiranya anda berkongsi tentang emas dengan orang lain dan mereka berminat,ianya bonus kepada anda.

7. Syarikat lain jadi ahli dapat macam-macam,kenapa jadi pengedar GCP cuma dapat biz kad dan id tag?

Setiap syarikat ada strategi dan kelebihan masing-masing.GCP memperuntukkan 30% dari bayaran dealer RM1k ,iaitu RM300 untuk diberikan kepada pembinaan pusat tahfiz,masjid,anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.Ini adalah antara saham akhirat untuk semua pengedar mendapat manfaat berkekalan,insyaAllah.
Mana pergi RM700?
Selebihnya ialah untuk menampung kos-kos pentadbiran,kos penghantaran dan pelbagai kos menguruskan syarikat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pengedar.GCP boleh berikan marketing tools yang percuma kepada pengedarnya,tetapi berapa ramai yang akan menggunakannya.
Pengalaman saya sendiri,menyaksikan pengedar-pengedar yang mendapat pelbagai alat tidak menggunakannya sebaliknya simpan begitu sahaja.Sebaliknya,mereka yang ingin serius,akan membelinya sendiri dan golongan ini biasanya akan lebih menghargai alat tersebut kerana dibeli sendiri.
Begitu juga berapa ramai pengedar yang membayar yuran tapi selepas itu dia sendiri tidak membeli emas,bagaimana nak promote pada orang lain beli emas.Orang pun tak yakin sebab barang tak ada.Sebab itulah dari semasa ke semasa syarat menjadi pengedar berubah iaitu dengan atau tanpa syarat belian produk.
Namun begitu,tiada target sales di GCP dan tiada pembelian wajib ,terpulang kepada masing-masing untuk berusaha menambah simpanan emas dari semasa ke semasa.
Amat rugi jika bayar RM1k,tapi untuk diri sendiri pun tak buat simpanan emas,untuk apa mendaftar?Ini baru betul rugi.
Namun saya percaya,anda yang sedang membaca artikel saya ini golongan yang bijaksana lagi arif mengatur strategi untuk merancang kewangan masing-masing,insyaAllah.

8.Macam mana saya nak jual semula produk GCP?

Pelanggan :
Hubungi dealer yang anda berurusan dulu,silap haribulan offer harga beli balik lebih tinggi (macam saya offer kepada pelanggan yang berurusan dengan saya )  :) 
Jika dealer tak dapat bantu,call ofis GCP,nanti mereka akan aturkan dengan dealer/runner.
Cara lain,boleh bawa produk GCP ke ofis di Nilai dan dapat cash terus.Nak hantar melalui kurier pun boleh.
Pengedar :
Boleh jual pada end user,kelebihannya ialah boleh jual harga semasa! Inilah untung jadi pengedar.
Macam senang nak dapat pelanggan?Sama ada anda berurusan dengan market offline,atau boleh jual pada peminat-peminat emas di group2 emas di facebook yang tumbuh bak cendawan.
Pilihan ke 2 boleh tolak sesama dealer di Group khas untuk dealer GCP seluruh Malaysia.Dapatlah harga win-win situation.Cara lain sama seperti cara untuk pelanggan di atas .
9. Menurut Uzar,pembelian emas haruslah tidak melebihi 3 hari,ada masa jika GCP sibuk menerima banyak tempahan,penghantaran melebihi 3 hari,apakah hukumnya penangguhan ini ?

Wang kertas ada khilaf,ulama’ ada cakap setaraf emas,ada cakap tak.Saya  iktikad tak sebab dia susut nilai dan penyusutan nilai wang kertas ini adalah riba’ tersembunyi.So macam iktikad khilaf asb,ada cakap haram,ada cakap harus.Pilihan masing2,so bila saya iktikad wang kertas  tak setaraf emas,maka saya bukan bayar emas dengan emas.
Siapa iktikad setaraf emas dgn wang kertas,maka bila dia berbelanja wang kertas mcm dia belanja emas.Jadi  pada yang iktikad tak setaraf emas dgn wang kertas tu,dia tak termasuk dalam syarat jual beli emas dgn emas mesti tunai dan serahan maksimum 3 hari itu.
Siapa  iktikad setaraf,dia mesti patuh dgn syarat tunai dan tak lebih 3 hari.Ini berdasarkan pembacaan dan iktikad,mcm biasa,dlm bab khilaf tak boleh paksa2 org ikut kita.Mcm saya,iktikad saya wang kertas tak setaraf emas dan asb haram,jadi  saya buat apa yg saya belajar dan faham, tapi  saya tak pernah paksa org ikut saya,sbb saya faham dalam hal khilaf,pilihan masing2.Kita org awam,ulama’ berselisih pendapat berdasarkan ilmu dia,so,kita pilih la ulama’ mana kita nak  ikut selagi selari dgn Islam.

10. Macam mana saya nak tahu emasnya tulen,dan kalau company tutup macam mana?
Setiap pembelian produk GCP disertakan dengan sijil dan resit (gold bar,silver bar dan dinar ), dan resit bagi barang kemas.Anda boleh membawa emas tersebut ke mana-mana kedai emas untuk mengujinya atau mana-mana ar rahnu yang menggunakan mesin yang canggih,bukan densimeter semata-mata kerana menggunakan densimeter sering tak dapat bacaan tepat.Masalah pada alat,bukan ketulenan emas.Ia mengambil kira banyak faktor sebenarnya,dari segi berat,jenis sama ada padu atau ringan dan sebagainya.

Sekiranya anda takut GCP tiba-tiba tutup,tak perlu takut selagi masih memegang emas yang dibeli.Bukankah emas diterima di mana-mana dan kedai emas juga banyak,cuma bezanya mereka akan kenakan susut nilai yang tinggi,itu sahaja.Jika kita menyimpan agak lama,insyaAllah kita tetap akan untung.Lagi pula,nak dapatkan cash,tak semestinya menjual emas sahaja,bukankah kita boleh cagarkan sekejap di ar rahnu untuk dapatkan tunai,dan tebus kembali ?
Ini kemungkinan jika GCP tutup.Namun biasanya company yang menjalankan uruniaga  jual dan beli bertahan lama,sebab bisnes emas adalah bisnes yang menguntungkan melainkan terpaksa menanggung kos overhead yang tinggi.
Masih ada persoalan yang belum terjawab?
Call saya di talian Hotline 0176554137 atau add saya di facebook https://www.facebook.com/massanimfadzallah
untuk pertanyaan lebih lanjut,insyaAllah sedia membantu mereka yang masih baru mengenal emas dan syarikat GCP.
Read more ...